berita

Tak Puas Hati Anak Kena Marah, Guru Tendang Polis Wanita Di Perut

July 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru lima bulan melahirkan anak, seorang koperal polis ditendang di perut oleh guru wanita di Kaunter Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku pada 3.30 petang apabila guru berusia 41 tahun itu hadir ke balai polis dan mendakwa anaknya dimarahi polis selepas terbabit dalam sebuah kemalangan.

Berang dan meluahkan kemarahan

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, guru berkenaan berang dan meluahkan kemarahannya dengan menarik tudung polis berkenaan serta menolaknya dengan kasar.

Mangsa cuba sabarkan wanita itu namun, dia lebih agresif dengan menendang di bahagian perut mangsa yang baru melahirkan anak, lima bulan lalu. Leher mangsa turut dipegang selama 10 minit dan pada masa sama, dua anggota polis membantu melepaskan tangan guru itu. Pada awalnya, mangsa hanya mahu membantu wanita itu mencari anggota yang didakwa memarahi anaknya.

Tambahnya, polis wanita itu membuat laporan untuk tindakan lanjut, sebelum guru itu ditahan pada 9 malam. Namun, guru berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil pada hari yang sama dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×