berita

Tak Puas Hati Dihalau, Ibu Pelakon Terkenal Sengaja Calit Najis Kucing Dalam Rumah Sewa?

October 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara tidak puas hati dihalau keluar dari rumah sewa, ibu kepada seorang pelakon wanita terkenal dipercayai bertindak mencalit najis kucing di rumah sewa terbabit.

Calit najis kucing dalam rumah

Sekadar gambar hiasan

Sikap tidak bertanggungjawab ibu kepada pelakon itu didedahkan seorang ejen hartanah menerusi perkongsiannya di Twitter. Dakwa lelaki ini, wanita terbabit merupakan penyewa yang menyewa di salah satu unit rumah yang diuruskannya. Wanita itu dikatakan telah memelihara banyak kucing sepanjang dia menyewa tetapi apa yang tidak disangka-sangka, wanita terbabit tergamak meninggalkan rumah itu dengan keadaan dipenuhi dengan najis kucing.

Dakwa ejen hartanah ini lagi, wanita itu dikatakan sengaja mengotorkan dan mencalitkan najis kucing kerana tidak puas hati apabila disuruh keluar dari rumah sewanya.

Sewa rumah, lepas tu bela kucing simpan dalam rumah jadi busuk. Buyer nak keluarkan mak dia, artis ini langsung tak ambil tahu. Bila keluar  mak dia calit tahi kucing satu rumah. Kesian buyer. Pengikut Instagram beribu.

Menerusi ciapan yang dikongsikan, lelaki ini sempat memberi gambaran mengenai anak wanita terbabit yang merupakan pelakon tanah air yang berkahwin dengan lelaki berkulit putih.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mempersoalkan tidakan tidak bermoral wanita itu. Tidak kurang juga ada di antara tertanya-tanya siapakah gerangan yang dimaksudkan ejen hartanah ini.

Sumber: Shahrezanoor

SKIP THIS AD ×