berita

Tak Puas Hati Meja Kena Conteng, 2 Pelajar Perempuan Bergaduh Di Stadium

August 5th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sebelum ini, tular sebuah video dua pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Kluang, Johor bergaduh di Stadium Taman Kluang Barat.

Dua pelajar tersebut dipanggil dan telah memberi keterangan kepada pihak polis.

Meja diconteng jadi punca pergaduhan

Memetik laporan Kosmo!, Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian itu berlaku ketika pelajar terbabit sedang melakukan aktiviti sukan di stadium berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.15 petang itu, dapat dilihat seorang pelajar perempuan sedang menyepak seorang lagi pelajar sambil dikerumun para pelajar lain.

Turut dapat didengari, suara seorang lagi pelajar perempuan yang sedang menjerit seolah-oleh sedang menahan kesakitan akibat daripada disepak.

Menurut Abdul Razak, hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana salah seorang daripada mereka menconteng meja di dalam kelas.

Kejadian tersebut melibatkan dua pelajar perempuan berusia 15 tahun, siasatan awal berpunca daripada rasa tidak puas hati.

Salah seorang pelajar disyaki menconteng meja belajar dalam kelas pada sebelah pagi membawa kepada pergaduhan di stadium tersebut.

Pelajar yang terlibat telah dilepaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Video

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×