berita

Tak Puas Hati Sebab Cuti Rupanya…

March 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Semalam, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita yang bergaduh dengan seorang lelaki di dalam sebuah restoran. Video tersebut walau bagaimanapun menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen mengapa insiden seumpama itu berlaku.

Bahkan, menerusi video tersebut dapat dilihat aksi wanita itu yang menampar lelaki itu sebelum tamparannya dibalas. Namun, pergaduhan di situ berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Changkat Jong, Perak.

Sudah tampil beri kenyataan

Foto: Tangkap layar video

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pihak polis sudah mengambil keterangan daripada individu-individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut. Ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita berusia 27 tahun pada jam 9.53 malam, dua hari lepas.

Wanita itu membuat laporan akibat perselisihan faham dengan seorang lelaki berusia 56 tahun yang juga penyelianya di sebuah syarikat pengawal keselamatan.

Punca kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan cuti. Polis sudah memanggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, kedua-dua individu tersebut telah bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut dengan sebaik mungkin.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×