berita

Mayat Doktor Wanita Ditemui Bogel, Muka Ditoreh & Disumbat Dalam Beg Pakaian

August 21st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Mayat Doktor

Gambar sekadar hiasan

Polis menemukan mayat seorang doktor wanita yang disumbat di dalam beg pakaian di pangsapuri milik mangsa.

Artikel Berkaitan: Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah

Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Pakai Lesung Batu & Tikam Kepala, Mayat Separuh Bogel Diheret Ke Hutan

Rakan sedar kehilangan mangsa

Mayat Budak

Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang berlaku di sebuah kawasan perumahan mewah di Sao Paulo, Brazil itu menyaksikan mayat mangsa iaitu Thallita Fernandes ditemukan dalam keadaan berbogel pada Jumaat.

Pihak polis sebelum itu menyiasat insiden tersebut setelah rakan-rakan Thallita menyedari kehilangannya selepas mangsa gagal dihubungi.

Menurut rakan-rakan mangsa, timbul kecurigaan apabila Thallita tidak memberi sebarang respon dalam masa 24 jam.

Mesej yang diterima juga menimbul kesangsian kerana mangsa tidak bekerja pada hari tersebut.

Saya tak boleh katakan, hari ini di tempat kerja sangat sibuk.

Susulan itu, seorang tukang kunci dipanggil bagi membantu pihak polis untuk membuka pintu kediaman mangsa yang berkunci. Setelah berjaya masuk, polis mendapati terdapat kesan darah di dalam bilik tidur dan di tandas.

Dalam pada itu, terdapat juga kesan luka pada muka mangsa yang berkemungkinan ditoreh menggunakan pisau.

Polis kemudian menamakan teman lelaki mangsa sebagai suspek utama kes pembunuhan tersebut.

Sementara itu, seorang pekerja bangunan pangsapuri berkenaan melaporkan bahawa terdapat jiran yang mengadu tentang pergaduahan pasangan itu pada pagi sebelum kejadian pembunuhan berlaku.

Menurut saksi, teman lelaki mangsa menghubungi teksi dan meninggalkan rumah mangsa pada sebelah petang ketika mayat mangsa ditemukan.

Mangsa berusia 28 tahun itu bertugas di jabatan kecemasan di wilayah metropolitan Sao Jose do Rio Preto.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×