Tindakan segelintir selebriti menyorokkan wajah anak mereka daripada tatapan umum membuatkan ada pihak yang berasa rimas.
Artikel Berkaitan: Tak Sorok Wajah Anak, Elly Mazlein Selesa Tidak Terlalu Terbuka Kongsi Di Media Sosial – ‘Saya Rasa Bahagia Dengan Cara Sebegini’
Artikel Berkaitan: Dekat DM Tak Henti Netizen Tanya Pasal Wajah Anak, Neelofa Mohon Masa – ‘Bagi Bilal Besar Dulu Dan Kuat’
Tak ada pelik pun
Bagaimanapun, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein, 42, tetap dengan keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak-anak di media sosial.
Kata Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom, ibu bapa berhak untuk menjaga privasi keluarga dan berbahagia dengan pilihan sendiri.
Buat pilihan sendiri, pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia popular. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.
Jangan pelik sangat benda tak ada apa pun nak dipelikkan atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat kandungan. Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan.
Sila tag Kak KM
Difahamkan, hantaran di Instagram (IG) pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ditujukan kepada usahawan sensasi, Kak KM yang merupakan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri.
Kak KM pernah meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan meletakkan ‘sticker’ di gambar anak.
Terdahulu, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan berkahwin dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Haider Mateen yang berusia lima bulan.
Sehingga hari ini, Elly memilih untuk menutup wajah kedua anaknya iaitu Putri Sara Sefhia Azmi yang merupakan anak dari perkahwinan pertama dan juga Haider Mateen.
Sumber: Instagram @iamellymazlein