berita

Tak Rela Bekas Isteri Kahwin Lelaki Lain, Bekas Suami Gila Talak Tikam 7 Kali Hingga Maut

April 5th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Dipercayai angkara cemburu, seorang lelaki di Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia bertindak di luar kawalan dengan menikam bekas isterinya sebanyak tujuh kali sehingga maut pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Artikel Berkaitan: Tak Nak Bayar Nafkah Anak, Suami Sanggup Tuduh Isteri Zina, Siap Minta Buat Ujian DNA

Artikel Berkaitan: ‘Aku Sanggup Buat Apa Saja!’ – Lelaki Gila Talak Sanggup Fitnah ‘Check In’ Dengan Isteri Sebab Nak Rujuk

Angkara cemburu buta

Foto: Tribun News

Menerusi laporan Tribun News, suspek dikenali sebagai Alba, 24, bertindak mencederakan bekas isterinya, Nadia Fitri sehingga meninggal dunia kerana tidak mahu lelaki lain memiliki mangsa.

Penduduk kampung yang menjumpai wanita berkenaan pada mulanya menyangkakan mangsa hanya pengsan sebelum pihak polis tiba dan mengesahkan mangsa meninggal dunia kesan tikaman pada badan.

Susulan daripada itu, pihak polis berjaya menahan suspek di Kota Banjarmasin sebelum membawanya ke balai polis semalam.

Kisah malang menimpa

Sekadar gambar hiasan

Ujar Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Banjar, Iptu H Suwarji, suspek memberikan alasan dia telah dikhianati oleh bekas isterinya sebelum bertindak sedemikian rupa.

Penjenayah itu takut, lalu meninggalkan mangsa di lokasi di mana mangsa dijumpai.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×