berita

Tak Report Polis Sebulan Anak Hilang, Wanita Tersenyum Mahkamah Bebaskan Tuduhan Bunuh Anak

September 28th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Kisah mengenai seorang ibu yang dikenali sebagai Casey Anthony, mendapat perhatian dunia apabila dia disyaki merancang pembunuhan anak perempuannya sendiri. Namun, keputusan mahkamah yang berpihak kepadanya membuatkan dia bebas seperti biasa dan kini menjadi individu paling dibenci di Amerika Syarikat.

Casey tersenyum lebar selepas dia dibuktikan tidak bersalah dalam kes kematian anaknya.

Siapa Casey Anthony?

‘Saya tidak tahu bagaimana anak saya mati, dan saya ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Caylee. Masing-masing mempunyai teori yang berbeza mengenai kematian anak saya. Tetapi, saya tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh orang lain asalkan saya bahagia ‘

Ketika disoal oleh wartawan, Casey menjelaskan dia sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi kepada anaknya yang telah menyebabkan anaknya meninggal dunia. Casey turut tidak kisah akan teori-teori yang wujud mengenai kematian anaknya. Pada masa yang sama Casey, juga turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia merupakan pembunuh bagi kematian anaknya.

Casey Anthony merupakan seorang ibu muda yang mendapat seorang anak perempuan ketika dia berusia 19 tahun. Anak perempuannya diberi nama Caylee Anthony. Jelas Casey, dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung sebenar kepada anaknya itu. Namun, sebelum Casey melahirkan Caylee, dia pernah menafikan kehamilannya kepada kedua ibu bapanya iaitu George Anthony dan Cindy.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah apabila kehamilannya dapat dihidu oleh kedua ibu bapanya. Casey dikenali sebagai seorang gadis yang liar, sosial, menghisap dadah, berparti dan kerap mabuk.

Setelah tiga tahun melahirkan anak, pada tahun 2008, Casey bergaduh dengan ibu bapanya dan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dengan membawa anaknya sekali untuk hidup secara berasingan.

 Kejadian aneh berlaku


Foto: Orlando Sentinel

Walaupun, Casey bergaduh dengan kedua ibu bapanya, tetapi mereka masih mengambil berat mengenai cucu tersayang iaitu Caylee. Namun, tindakan ibu bapanya kurang disenangi oleh Casey dan dia sering memberi alasan bahawa Caylee telah dijaga oleh seorang pengasuh yang dikenali sebagai Zenaida Fernandez.

Pada satu hari, George dan Cindy telah menerima satu e-mel yang menyatakan kereta anaknya sudah ditunda. George yang bertindak untuk pergi ke lokasi kejadian dan terhidu bau busuk pada bahagian belakang kereta anaknya. Bau busuk itu secara tidak langsung menyebabkan mereka risau dan berasa tidak senang hati dalam masa yang sama mereka langsung tidak mendapat sebarang khabar berita daripada cucunya.

Susulan kejadian itu, mereka berdua bertindak untuk mencari Casey bagi menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran mereka.

Selamat bersama pengasuh

Gambar sekadar hiasan

Ketika berjumpa dengan kedua ibu bapanya, Casey menjelaskan bahawa Caylee berada dalam keadaan yang baik bersama pengasuhnya. Namun, George dan Cindy seakan-akan tidak percaya dengan penjelasan Casey dan meminta anaknya untuk membawa mereka berdua berjumpa dengan Caylee.

Setelah diminta berbuat demikian, barulah Casey menceritakan perkara sebenar bahawa anaknya sudah hilang selama 31 hari. Bayangkan sudah satu bulan anaknya hilang, tetapi dia bertindak untuk mendiamkan diri! Cindy yang panik ketika itu terus membuat panggilan kecemasan dan melaporkan perkara tersebut mengenai kehilangan cucunya.

Setelah sehari laporan polis dibuat, Casey telah ditahan bagi membantu siasatan pihak polis. Ketika disoal siasat, Casey menjelaskan dia mencari anaknya dengan cara tersendiri dan dia juga bertindak untuk memberi maklumat palsu mengenai pekerjaannya selama ini. Terdapat juga usaha-usaha yang dilakukan bagi mencari Caylee dengan bantuan orang awam. Usaha tersebut diasaskan oleh Tim Miller dan menghabiskan sekitar $ 112,000 (kira-kira RM 467,208) bagi menampung kos operasi pencarian Caylee.

Kewujudan pengasuh Caylee iaitu Zenaida,  yang diceritakan selama ini adalah rekaan semata-mata bagi mengelakkan daripada kedua ibu bapanya syak wasangka kepadanya. Sebenarnya, individu yang dikenali sebagai Zenaida memang benar-benar wujud dan nama tersebut dipilih secara rawak oleh Casey menerusi buku telefon sebagai bukti bahawa anaknya mempunyai pengasuh yang khas.

Mayat dijumpai

Gambar sekadar hiasan

Selepas siasatan demi siasatan dilakukan, pada 11 Disember 2008, mayat Caylee berjaya dijumpai. Rangka mayatnya dijumpai oleh Roy Kronk yang merupakan seorang pembaca meter yang ketika itu sudah selesai melakukan kerjanya di sekitar rumah George. Di kawasan tersebut dia menjumpai satu beg plastik hitam yang mencurigakan dan bertindak untuk membuka beg tersebut dan terkejut apabila beg tersebut mengandungi rangka manusia.

Tanpa membuang masa, Roy bertindak untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Pada mulut mangsa tersebut mempunyai pita pelekat dan saki baki tulang mayat tersebut telah dijumpai di kawasan hutan berhampiran. Menerusi ujian yang telah dibuat, pihak polis mengesahkan bahawa rangka mayat tersebut merupakan Caylee yang hilang selama ini.

Roy juga turut memfailkan saman terhadap Casey setelah dia dituduh menjadi penculik dan pembunuh Caylee susulan dia orang pertama yang berjaya menemui Caylee.

Teori kematian Caylee

Gambar sekadar hiasan

Terdapat dua teori yang wujud mengenai kematian Caylee. Teori yang pertama yang dikemukan oleh pihak pembelaan adalah Caylee mati lemas secara tidak sengaja di dalam kolam renang. Menerusi teori ini, tiada mana-mana pihak yang boleh disabitkan dengan kesalahan tersebut. Terdapat juga dakwaan bahawa Caylee mati lemas semasa dicabul oleh datuknya sendiri George. Tapi ia dinafikan oleh George sekeras-kerasnya.

Teori kedua, Casey bertindak untuk melekat pita pelakat pada muka Caylee dan membiarkan anaknya mati lemas akibat tidak boleh bernafas seperti biasa. Terdapat juga dakwaan yang menyatakan dia memberi anaknya hidu bau klorofom secara berlebihan yang secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada penghidunya. Menerusi fakta kes, Casey sempat mencari data mengenai chloroform.

Bau busuk yang dihidu oleh George menjawab segala persoalan, yang sebenarnya mayat Caylee yang berada di belakang kereta tersebut. Setelah  keputusan dibuat, pihak juri telah memutuskan bahawa Casey Anthony tidak bersalah atas kematian anaknya dan dia hanya didakwa atas empat pertuduhan memberikan keterangan palsu kepada pihak berkuasa.

Keputusan mahkamah ini secara tidak langsung membangkitkan rasa tidak puas hati dan kemarahan orang ramai.

Sumber: Tribun NewsJust In Feed Jacklester

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Asia Berhad
Have courage and be kind.

×