Penyanyi Indonesia, Virgoun bertindak berhenti memberikan wang bulanan kepada ibunya kerana tidak bersetuju dengan tindakan ibunya yang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon muda berusia 23 tahun.
Henti bagi duit bulanan dekat ibu
Virgoun atau Virgoun Putra Tambunan, 37, berkata, dia hanya mengetahui hubungan yang terjalin antara ibunya, Eva Manurung dan Jordan selepas dimaklumkan oleh kakaknya, Febby Carol. Susulan daripada itu, Virgoun berhenti memberikan wang bulanan berjumlah 5 juta rupiah (RM1,500) kepada ibunya yang berusia 53 tahun itu.
Sementara itu, Febby (kakak Virgoun) menerusi hantaran di Instagram menggesa Jordan untuk memutuskan hubungan tersebut dan membuat permohonan maaf kepada mereka sekeluarga atas apa yang berlaku. Tidak terhenti di situ, Febby sempat menyarankan Jordan supaya mencari wanita lain yang jauh lebih kaya berbanding ibunya.
Febby juga mendakwa bahawa Jordan hanya mengambil kesempatan dengan menjalinkan hubungan tersebut kerana nama ibunya itu sedang menjadi perhatian netizen.
Jarak usia 27 tahun
Walau bagaimanapun, Jordan berkata dia enggan mengambil tahu terhadap pandangan dan komen negatif orang ramai terhadap hubungannya dengan Eva. Dia juga berjanji tidak akan membiarkan perasaan wanita yang dicintainya itu disakiti oleh mana-mana individu.
Difahamkan, pada awalnya, Eva hanya menganggap Jordan sebagai anak angkat kerana dia selesa menceritakan masalahnya kepada pemuda itu. Namun lama-kelamaan, perasaan sayang dan cinta itu wujud sehingga mereka membuat keputusan untuk bersama.
Sumber: Jateng Tribunnews