berita

‘Tak Reti Bersyukur’ – Pesakit Diabetes Pulangkan Insulin Dibekalkan, Semuanya Bernilai RM3K ‘Masuk’ Tong Sampah

January 23rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Malaysia antara negara yang mempunyai rekod yang tinggi dalam penyakit diabetes. Pesakit diabetes di Malaysia yang didaftar melalui hospital milik kerajaan mempunyai keistimewaan kerana diberi insulin untuk diabetes yang merupakan antara ubat yang mahal secara percuma. Hal ini disebabkan inisiatif kerajaan dalam memberi subsidi perubatan kepada rakyat Malaysia.

Namun, apabila diberikan subsidi ubat secara percuma bukan bermakna seseorang pesakit itu boleh melakukan pembaziran ubat. Menerusi Twitter Nurshuhada berkongsi foto longgokkan ubat isulin diabetes yang tidak diguna oleh pesakit setelah menerima ubat tersebut. Difahamkan bahawa setiap ubat yang diberikan kepada pesakit tidak boleh digunakan semula walaupun ubat itu masih tidak digunakan lagi.

Pesakit peram insulin kat rumah

Menurut Shuhada, insulin yang diperoleh dari salah seorang pesakit diabetes ini tidak pernah digunakan oleh pesakit itu. Pesakit tersebut hanya hadir setiap kali ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mengambil insulin itu pulang ke rumah.

Kos kerugian hampir RM3k

Setiap insulin yang diberikan kepada pesakit diabetes sangat berharga. Nilai setiap kali yang diberikan kepada pesakit dianggarkan berjumlah RM486.40. Lebih mengejutkan lagi, insulin ini diberikan secara percuma oleh pesakit di bawah hospital kerajaan. Namun pesakit tersebut telah membuat satu pembaziran yang dianggarkan berjumlah RM3000 kerana tidak menggunakannya. Semua ubat itu harus dilupuskan oleh pihak hospital.

Sebab ubat tak boleh diguna pakai kembali

Bagi menjawab persoalan mengapa insulin berkenaan tidak boleh digunakan semula oleh pesakit lain. Shuhada menegaskan bahawa apa jua jenis ubat yang telah diterima oleh pesakit, tidak boleh diguna pakai kembali. Ubat-ubatan tersebut harus dilupuskan menggunakan kaedah yang betul. Hal ini kerana cara penyimpanan ubat oleh pesakit tidak diketahui. Berkemungkinan besar ubat tersebut telah rosak walau ianya belum digunakan.

Tak reti bersyukur

Sumber: Nurshuhada

SKIP THIS AD ×