
Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa teruja untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.
Artikel Berkaitan: ‘Perkahwinan Jadi Indah Bila Kahwini Kawan Baik Sendiri, Terima Kasih Untuk Tiga Tahun Ini’ – Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: Hasrat VBAC Tak Kesampaian, Intan Najuwa Pilih C-Section Demi Keselamatan Bayi
Intan Najuwa ‘comeback’ berlakon

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata dia kini lebih lega kerana sudah mempunyai individu yang boleh membantu menguruskan anak-anak. Oleh itu, dia boleh merancang untuk kembali berlakon.
Leganya dan bersalin, tak sabar nak mula berlakon balik. InsyaAllah, sekarang dah ramai yang boleh tolong jaga anak-anak, jadi mommy boleh perlahan-lahan kembali berlakon semula.
Ujar pelakon Racun Rihanna ini lagi, dia kini sedang mempertimbangkan beberapa tawaran drama sebelum kembali ke set penggambaran.
Sekarang tengah berbincang dan pilih drama mana yang nak mula dulu. Teruja tapi dalam masa sama rasa gementar juga! Dah lama sangat tak berlakon.
Untuk rekod, Intan dan Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Imane Lunara dan Imane Laudya.
Sumber: Threads Intan Najuwa








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)