Sekadar gambar hiasan
Gara-gara tidak dapat menahan nafsu kerana isteri masih dalam tempoh berpantang, seorang lelaki di Indonesia tergamak mencabul anak tirinya yang berusia 13 tahun.
Cabul anak tiri masa isteri berpantang
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Kompas, perbuatan keji itu dilakukan suspek, 30, sebanyak enam kali di dua lokasi berbeza. Suspek telah ‘mengumpan’ dengan membawa mangsa bersiar-siar ketika ketiadaan isterinya di rumah. Setibanya di lokasi yang dituju, suspek mula melakukan perbuatan terkutuk itu.
Bimbang mangsa bercerita kepada orang lain, suspek memberi wang belanja kepada mangsa. Wang tersebut diberikan setiap hari.
Lebih mengejutkan apabila mengetahui, anak suspek yang berusia empat tahun pernah menyaksikan kakaknya itu dicabul di rumah. Perbuatan keji itu akhirnya terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian sebenar kepada ibu saudaranya.
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Ketika disoal siasat, suspek mengaku telah mencabul anak tirinya di Pantai Cipta Land, Sekupang dan kali terakhir dilakukan di rumah ketika si isteri tidur.