berita

‘Tak Salam Dengan Orang, Jaga Jarak & Elak Daripada Bersentuhan’ – Fauziah Nawi Nafi Sombong

September 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Datuk Fauziah Nawi berkata dia berasa kurang selesa sekiranya tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Tambahnya, semua ini bermula selepas penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Artikel Berkaitan: Fauziah Nawi Tegur Pelakon ‘Antivaksin’ Jangan Berlagak Bila Dapat Job – ‘Kalau KKM & MKN Tahu Macam Mana?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rindunya Mak Dekat Kampung, Nak Balik Raya!’ – Ramai Menitis Air Mata Tonton Video Fauziah Nawi

Rasa tak selesa

Tambah Fauziah, dia tidak pernah berasa rimas apabila memakai pilitup muka.

Sekarang, jika nak ke mana-mana saya memang akan memakai pelitup muka sebab seronok. Saya tak rasa rimas pun. Lagipun, banyak kebaikannya dalam keadaaan sekarang bagi individu berusia seperti saya.

Selain itu, saya pun lama juga tak bersalaman dengan orang. Dah biasa juga elak daripada bersentuhan sebab jaga jarak kerana penularan Covid-19 dulu. Jadi, memang selesalah sekarang.

Ujar pelakon filem ‘Bintang Pujaan’ ini lagi, perkara tersebut tidak bermakna beliau sudah bersikap sombong, namun tindakan berkenaan kerana sudah terbiasa saja. Katanya, pengalaman berhadapan Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia itu banyak memberi peringatan.

Berbicara juga mengenai dirinya yang kini cenderung menimba ilmu di menara gading, Fauziah memberitahu, beliau gembira mendapat sokongan penuh daripada anak-anak, cucu dan seluruh keluarga.

Saya pernah juga meluahkan isu bayaran rendah bagi pelakon berusia kepada anak. Kata anak saya, cuba mama sambung belajar dan dapatkan sijil pengiktirafan kerana berbekalkan pengalaman berlakon saja tidak cukup.

Mulanya terfikir-fikir juga nak belajar semula, sebab saya tak tahu nak buat kertas kerja tugasan. Tapi, anak perempuan saya sangat memberikan galakan, apabila dia sanggup belajar lagi bersama saya.

Walaupun dia (anak) dah ada kelulusan dari universiti di luar negara, namun sanggup daftarkan diri belajar juga di Open University Malaysia (OUM) sebagai sokongan semangat untuk ibunya.

Sekarang, sesudah mempunyai ijazah sarjana, saya juga tidak berhadapan masalah bayaran. Sekalipun jarang berlakon, namun saya masih diundang untuk terbabit dalam acara bengkel lakonan anjuran pihak tertentu dan majlis seni membabitkan kementerian.

Alhamdulillah, saya kini mendapat bayaran setimpal dan bolehlah meneruskan kelangsungan hidup.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×