berita

Tak Sampai Setahun Bercerai, Bekas Isteri Tegar Dah Kahwin Lain

May 23rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai kisah rumah tangga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Tegar Septian dan isterinya, Sarah Sheilka berantakan berpunca daripada masalah kewangan. Tidak lama kemudian, timbul pula dakwaan mengenai status kelahiran anak pasangan ini iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Artikel Berkaitan: Mengaku Dah Cerai, Bekas Isteri Kantoikan Tegar ‘Kaki Hutang’, Jual Cerita Sedih Minta Simpati

Artikel Berkaitan: Tak Sampai Sebulan Bercinta Lepas Bergelar Duda, Tegar Kantoi Curang Dengan Perempuan Lain?

Baru-baru ini, bekas isteri Tegar telah mengakhiri zaman jandanya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Soehandi Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Andy.

Bekas isteri Tegar kahwin

Berita gembira itu dikongsikan Sarah di Instagaram, Sarah memberitahu dia selamat menjadi isteri Andy yang sah pada 21 Mei lalu. Majlis perkahwinan tersebut berlangsung di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia. Sarah yang mengenakan busana pengantin berwarna putih tampak sangat cantik dan bahagia.

21.05.23. Bukan nombor yang bagus, tetapi hari yang cukup indah. Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah. Saya tidak mampu untuk membalas semuanya kerana terlalu banyak.

Namun siapa sangka, kisah perkahwinan Sarah telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial lebih-lebih lagi apabila tempoh perceraian Sarah dan Tegar tidak sampai setahun. Malah, netizen mempersoalkan perkahwinan berlainan agama antara Sarah dan Andy.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa gembira kerana Sarah akhirnya kembali memiliki pasangan yang sepadan dengannya selain berharta. Mereka turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

Untuk rekod, Sarah dan Tegar mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 setelah menjalinkan hubungan cinta sejak 2018. Namun, setelah dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah pada Jun tahun lalu.

Sumber: Kapanlagi

SKIP THIS AD ×