Hanya kerana tidak sanggup hidup dalam kemiskinnan, seorang wanita tergamak menamatkan hayat suaminya dalam satu kejadian di daerah Rejang Lebong, Bengkulu.
Artikel Berkaitan: Dalam Proses Nak Cerai, Lelaki Serah Diri & Mengaku Bunuh Isteri Di Hotel
Artikel Berkaitan: Budak 3 Tahun Mati Dikelar Bapa Kandung Ketika Tidur – ‘Saya Tersedar Sebab Terkena Percikan Darah’
Tetak suami sampai mati
Suspek yang dikenali sebagai Asmaul Husna berusia 38 tahun dipercayai menyerang suaminya, 44, dengan sebilah parang di sebuah kebun berhampiran dengan rumah mereka. Mangsa yang mengalami luka parah di bahagian belakang leher disahkan meninggal dunia.
Kejadian tersebut berpunca selepas berlakunya perselisihan faham antara mereka sehingga membuatkan suspek bertindak di luar kawalan.
Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua pasangan suami isteri dikatakan sering bertengkar kerana masalah kewangan.
Difahamkan, mayat mangsa kini telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat manakala suspek ditahan polis untuk tindakan lanjut.
Pihak polis juga kini mencari barang bukti iaitu sebilah parang yang dipercayai telah dibuang suspek selepas kejadian.
Sumber: TVonenews