Seorang penuntut Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar meninggal dunia selepas tergelincir daripada pangsapuri tingkat 23 di Sydney Australia. Pelajar daripada Taiping itu merupakan penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University of Technology, Sydney.
Menerusi Sinar Harian, bapa, Md Azhar Hasbullah meluahkan rasa redha dengan kehilangan anak sulungnya itu. Katanya, kali terakhir mereka berbual menerusi telefon pada 30 Julai sewaktu ulang tahun kelahiran arwah.
Arwah harapan keluarga
Ketika ditemui wartawan, sehingga ke hari ini bapa seakan tidak percaya arwah sudah pergi meninggalkan mereka sekeluarga.
Kami reda, dah nasib arwah anak sulung harapan keluarga tapi nak buat macam mana.
Saya masih tidak percaya atas apa yang menimpa anak saya sebab kami baru sahaja berbual melalui telefon 30 Julai lalu. Ketika itu sambutan hari jadi dia dan dia kedengaran seperti biasa sahaja.
Tahu-tahu sahaja petang semalam pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) hubungi memaklumkan anak saya terjatuh dari pangsapuri kediamannya dan meninggal dunia. Luluh hati saya.
Tambahnya lagi, dia ditawarkan MARA untuk ke Sydney menguruskan jenazah arwah namun terpaksa menolak disebabkan kesihatan tidak mengizinkan. Malah, dia mengakui tidak mempunyai kekuatan untuk ke sana.
Lutut masih lemah
Kata bapa lagi, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu arwah adalah pada cuti musim panas November tahun lalu. Dan arwah dijangka taman pengajian dan pulang ke Malaysia pada Februari tahun depan.
Saya tidak sanggup ke sana kerana sampai hari ini lutut saya masih lemah, nak berjalan pun susah selepas mendengar perkhabaran bahawa anak sulung harapan keluarga sudah tiada.
Biarlah saya duduk di sini menunggu jenazahnya dibawa pulang. Saya harap jenazah Amirul Ashraff dapat dibawa pulang segera.
Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah saya sempat menghantar dia untuk mengambil lesen kereta sepanjang dia bercuti dan menghantarnya pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bapa turut memberitahu arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan semasa pulang bercuti November lalu, malah sempat mengambil lesen kereta sepanjang tempoh bercuti.
Bapa turut menolak dakwaan arwah tertekan atau kecewa kerana gagal lima subjek. Arwah juga sudah membuat rayuan untuk mengulang semula subjek gagal.
Dia tidak nyatakan kekecewaan atau tekanan akibat kegagalan itu dan kami sekeluarga yakin kejadian adalah disebabkan kemalangan seperti yang dilaporkan pihak berkuasa negara berkenaan.
Bapa juga memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi negatif mengenai pemergian arwah.
Sumber : Sinar Harian