berita

Tak Sanggup Nak Bercerai, Wanita Pengsan Tunggu Sidang Suami Lafaz Talak

June 30th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Bercerai sudah tentu menjadi perkara terakhir dalam minda setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, namun tidak dapat dinafikan bahawa perpisahan itu mampu menjadi langkah penyelesaian terbaik buat sesetengah pasangan.

Tular satu video seorang wanita yang difahamkan bakal dilafazkan talak oleh suaminya, pengsan berkemungkinan kerana tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Suami buat tak tahu

Menerusi satu video yang dikongsi pengguna TikTok @florent.ang, dilihat seorang wanita yang kelihatan lemah, difahamkan hampir pengsan ketika berada di kerusi menunggu sebuah mahkamah.

Menurut kapsyen yang ditulis pada video, wanita tersebut sedang menunggu giliran sidangnya berlangsung di mana suaminya bakal melafazkan talak bagi menceraikan wanita itu.

Turut difahamkan, suami yang turut berada berdekatan malah endah tak endah dengan keadaan isterinya, meskipun sudah ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita itu, dan ada juga yang meluahkan rasa geram dengan tindakan suami yang seolah-olah tiada rasa sayang terhadap wanita berkenaan.

Video

@florent.ang

#repost #xyzbca #fyp

? Tak Ingin Usai – Keisya Levronka

Sumber: TikTok florent.ang

SKIP THIS AD ×