berita

Tak Sangka 5 Jenis Superfood Ni Dapat Bantu Korang Kekal Sihat & Cantik!

November 1st, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Image result for superfood

Dalam dunia serba moden dan urban sekarang ni, menjaga kesihatan diri dan bersenam dah tak jadi keutamaan lagi buat warga kosmopolitan. Semua ni disebabkan jadual yang padat dan kekangan masa. Kalau boleh semuanya nak cepat dan on-the-go saja kan, sampai nak makan pun tak sempat. Tu yang dapat macam-macam penyakit tu!

Belum lagi cakap pasal penjagaan kecantikan diri. Korang percaya tak, kesihatan dan kecantikan diri bermula dengan makanan yang kita ambil. Eh, korang pernah dengar tentang superfood? Haa..meh kami kongsikan antara 5 superfood yang korang boleh amalkan untuk kekal sihat walaupun sibuk!

1. Oat

Oat merupakan superfood yang sangat popular dan paling kerap diamalkan. Kaya dengan serat, oat memang sangat baik untuk korang yang tengah berdiet. Nak lagi senang, sekarang rolled oat dah banyak dijual dalam bentuk stick. Tinggal ngap je. Senang kan?

Secara nutrisinya, rolled oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Haa..bukan setakat jaga kesihatan, boleh turunkan berat badan sekali!

2. Barli

Kredit: YOY Network

Bila makan tengahari, tak lengkap kalau tak order air berais. Teh ais, nescafe ais, milo ais, hmm..memang layan. Tapi, semua tu bergula tahu tak! Apa kata sekali sekala, pesan air barli suam tapi pastikan tanpa gula tau. Nak tahu tak, barli mengandungi lebih banyak protein daripada gandum tetapi kurang gluten. Sebaliknya, ia adalah salah satu bijian terkaya dengan serat, antioksidan, vitamin dan mineral.

Sebelum tidur, korang rebuslah barli siap-siap dan masukkan dalam peti ais. Esok pagi nak pergi kerja, terus grab botol dan gerak!

3. Quinoa

Kredit: Everyday health

Orang Malaysia ni sehari tak dapat nasi memang tak tentu arah dibuatnya. Tapi nasi sebenarnya mempunyai kadar glisemik yang tinggi dan boleh menaikkan kadar gula dalam darah tau. Oh no! Bukanlah korang tak boleh makan nasi langsung, tapi seeloknya cuba kurangkan pengambilan nasi hanya sekali sehari dengan kuantiti yang sikit.

Lama-lama dah terbiasalah. Ataupun korang boleh gantikan nasi dengan quinoa. Quinoa ni mengandungi protein, serat, lemak tak tepu, Omega 3, Omega 6 dan karbohidrat yang kurang. Senang cerita, quinoa ni mempunyai indeks glisemik yang rendah dan membantu mengawal tahap kolesterol.

4. Bijirin penuh

Bijirin penuh adalah salah satu kumpulan makanan penting dalam diet manusia. Ia mengandungi komponen yang asas dalam pemakanan manusia seperti kanji, lipid, selulosa dan protein lain. Pati di dalam lapisannya juga tinggi dengan protein, mineral, serat serta kaya dengan air dan karbohidrat.

Salah satu bijirin penuh di pasaran yang korang boleh cuba adalah Nutrabliss Grains Mix dari Watsons ini! Admin memang recommend untuk korang cuba dan rasai sendiri keistimewaan Nutrabliss Grains Mix ni, kerana ia diadun dengan 17 jenis bijirin penuh, 6 jenis benih dan 4 jenis kekacang yang membantu membekalkan fiber dan pelbagai nutrien penting untuk kesihatan tubuh badan.

Bayangkan, korang boleh nikmati campuran 27 bijirin berkhasiat dalam hanya satu produk. Memang pilihan yang bijak! Kandungan kalsiumnya juga jauh lebih tinggi berbanding jenama-jenama minuman multi grains lain tau.

Nutrabliss Grains Mix bukan saja dimakan ketika sarapan, ia juga boleh disajikan pada bila-bila masa saja. Paling penting, ianya sesuai untuk seisi keluarga sebagai pelengkap diet seimbang.

5. Chia seed

Kredit: bidadari.my

Kalau korang nak tahu, chia seed banyak ditanam di selatan Amerika dan merupakan makanan penting bagi masyarakat zaman kuno seperti Maya. Mengikut tamadun Maya, “chia” bermaksud kekuatan, oleh itu, biji chia dianggap sebagai makanan kekuatan ataupun superfood bagi zaman kuno dahulu.

Walaupun chia seed dah wujud sejak dahulu, namun hanya sekarang ia popular dan diiktiraf sebagai makanan moden yang bagus untuk kesihatan. Kalau kita tengok, dah ramai yang menggunakan chia seed dalam makanan dan minuman mereka. Jenama pilihan admin, semestinya Organic Chia Seed dari Watsons!

Organic Chia Seed dari Watsons ni merupakan makanan rendah karbohidrat yang kaya dengan protein,Omega-3, Omega 6, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan mineral. Ia juga membekalkan antioksidan yang mampu menentang tanda penuaan serta kanser.

Haa..bukan susah pun nak jaga pemakanan dan kesihatan kita kan. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk tak menjaga kesihatan diri. Kata orang, “we are what we eat”, jadi kenalah pupuk tabiat pemakanan yang baik dan dalam masa yang sama kena amalkan gaya hidup yang sihat jugak tau!

Jadi, jom dapatkan produk Nutrabliss di Watsons berdekatan anda dan jadikan Nutrabliss sebagai sebahagian daripada makanan penjagaan kesihatan korang! Untuk maklumat lanjut, layari watsons.com.my

SKIP THIS AD ×