berita

‘Tak Sangka Gugur Lagi Sakit Dari Bersalin..’

October 22nd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Bagi pasangan berkahwin, pasti mengimpikan cahaya mata hadir dalam rumah tangga mereka. Kadangkala ada wanita terpaksa melalui saat sukar untuk hamil dan ada juga yang mengalami keguguran.

Seperti perkongsian ini, sebak kami baca apabila wanita ini terpaksa melalui pengalaman cukup ngeri saat keguguran. Bayangkan dia mengalami tumpah darah sehingga menyebabkan dia pengsan beberapa kali. Kuatnya insan bergelar wanita ini..

Menyembur di stesen minyak

Baru aku tahu gugur lagi sakit dari bersalin. Tiga pagi bleeding teruk, menyembur melimpah, pengsan 4 kali. Pengsan separuh sedar dan hypo. Laki aku terus buat air gula and aku minum terus ok. Keluar darah lagi pengsan lagi, paling sadis kat petronas pagi tadi darah menyembur nasib laki ade ikot sekali papah aku keluar sebab aku dah rasa ade seketul keluar ingat nak stop dulu masuk bilik air.

Sebelum keluar dia cuci pad aku, basuh bilik air tu dulu aku dah pengsan sujud kat petronas tu tadi. Dah tak heran kalau cctv tu kata ape la dorang buat ni, angkat masuk kereta terus sambung ke hospital. Sampai di hospital masuk emergency, kerusi kereta ade bekas darah tapi alas tuala, misi kata sejuk pucat sebab hilang banyak darah.

Menurutnya dia pengsan 4 kali dan separuh sedar ketika alami keguguran. Darah menyembur begitu banyak sehingga menyebabkan dia kehilangan banyak darah.

Terpaksa cuci bersih dalam rahim

Terus keluarkan darah beku (spot blood)di miss v doktor cakap ade balance lagi ni. Kalau tak keluar kita cuci ..allahu .. Aku redha, cucuk ubat kecutkan rahim masuk darah satu botol. Tak smpai 7 jam doktor korek keluarkan semua skali and CLEAR Alhamdulillah. Sakit dia? Tahap gigit tuala.

Tiada rezeki untuk kalini. Takpe adik, jumpe kt sana nanti ya dengan abang kamu. Moga dapat berehat dengan baik in shaa Allah. Thank you yang mendoakan.

Rahim wanita turut dicuci untuk membuang semua sisa-sisa darah selama kurang dari 7 jam. Tambahnya lagi, pengalaman keguguran adalah lebih sakit dalam proses bersalin. Salam takziah.

Sumber : Ernie Yusnita Eny

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×