Tahun lalu TV3 melalui laman Youtube mereka menayangkan ‘Oh Mommy’ yang mengetengahkan aktiviti harian Sharifah Shahirah bersama keluarga tersayang.
Siapa sangka, program tersebut mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan penonton. Bukan sahaja di Youtube, malah jika dijengah ke laman sosial media juga ramai peminat yang sering bercakap tentang telatah anak-beranak ini.
Kini kembali dengan spin-off ‘Oh Mommy Superheroku’ di kaca TV
Ujar Shairah Shahirah, beliau sama sekali tidak menyangka akan penerimaan baik penonton sebelum ini “Tak sangka keluarga saya menjadi tumpuan sebab ingat biasa-biasa je.”
Bagaimanapun, beliau sangat bersyukur dan sempat melahirkan rasa gembira kerana telah dipilih untuk menghasilkan spin-off ‘Oh Mommy Superheroku’ di kaca televisyen.
Haa.. Kalau korang juga salah seorang daripada peminat keluarga comel ini, jangan lepaskan peluang buat menonton gelagat mereka menerusi beberapa rancangan terpilih di TV3 seperti Wanita Hari Ini dan Nona. Selain itu, ada juga versi pendek di ruangan iklan TV3.
Ketika ditanya mengenai kelaianan untuk versi terbaru ini, Sharifah Shahirah menyifatkan bahawa kali ini orang ramai akan dapat lihat sisi sebenar beliau sebagai seorang ibu.
Penonton akan nampak saya yang sebenar sama seperti ibu-ibu di luar sana membesarkan anak walaupun saya sibuk bekerja sebagai selebriti.
Jaga diri & Keluarga di kala Covid-19 kembali meningkat
Menyebut perihal keluarga pastinya Sharifah Shahira juga bimbang akan peningkatan kes Covid-19 ketika ini, ujarnya dia selalu pesan kepada keluarga untuk makan multivitamin booster dan pastikan anak-anaknya terus mandi apabila pulang ke rumah.
Tambahnya lagi, lebih mudah dan beruntung bila ada Lifebuoy Multivitamins+ dirumah sebagai sabun mandian mereka.
“Saya yakin dengan Lifebuoy Multivitamins+ dan ia adalah pilhan nombor satu saya kerana ia mengandungi 10x ganda perlindungan daripada kuman berbahaya.
“Ia juga diperkaya dengan skin booster bagi mengembalikan kelembutan kulit dan membuatkan badan kami terasa segar sepanjang hari.”
Sharifah Shahirah menyifatkan Lifebuoy Multivitamins+ sebagai sabun mandian yang berbeza daripada sabun mandian biasa yang lain.
“Penggunaan sabun ini sedikit sebanyak membuatkan saya berasa lebih yakin dan selamat untuk anak-anak berjalan diluar sebab sentiasa terlindung daripada jangkitan kuman.”
Lifebuoy Multivitamins+ 10x perlindungan kuman
Lifebuoy Multivitamins+ menawarkan 10x perlindungan kuman untuk kulit yang lebih sihat dan ketenangan jiwa buat ibu bapa di luar sana yang risau akan kesihatan anak-anak mereka mungkin terjejas berikutan penyebaran kuman berbahaya.
Lifebuoy Multivitamins+ boleh didapati di kesemua pasaranya dan farmasi berhampiran korang ataupun pesan secara atas talian di SINI.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan promosi terkini produk Lifebuoy silakan ke laman Instagram rasmi mereka di SINI.