berita

‘Tak Sangka Memang Sedap Rasa Nasi Lemak Di Malaysia’- Wartawan UK

January 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini seorang wartawan dari United Kingdom, Katie Morley dihentam teruk oleh netizen gara-gara meluahkan kritikan terhadap hidangan nasi lemak yang dihidangkan kepadanya oleh syarikat Penerbangan British Airways (BA). Terbaru, wanita itu meluahkan rasa jatuh cinta selepas mencuba nasi lemak yang sedap ketika berada di Malaysia.

Thank you Malaysians

Di Twitter, Katie Morley memberitahu bahawa dia sudah mencuba makanan kegemaran rakyat Malaysia itu. Tambahnya, dia turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menyuruhnya untuk merasai dan menikmati makanan itu ketika berada di Malaysia. Rasa enak dan berbeza membuatkan nasi lemak di Malaysia jauh perbezaanya jika dibandingkan dengan nasi lemak British Airways.

We have great food

Rata-rata netizen meminta maaf kepada Katie sebaik sahaja dia memuat naik posting tersebut. Malah, mereka berharap wanita itu mencuba pelbagai jenis makanan yang ada di Malaysia.

Sumber: Katie Morley

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×