Penderitaan yang ditanggung pelakon cilik, Puteri Balqis telah mendapat pelbagai reaksi hebat daripada rakyat Malaysia. Tidak cukup dengan itu, banyak pihak dilihat tampil menghulurkan bantuan kepada Puteri Balqis termasuklah Datuk A.Aida menawarkan pelakon itu membintangi telefilem berjudul Tiada Galang Ganti di bawah terbitan produksinya.
Terbaru, Datuk A.Aida menerusi Harian Metro memberitahu pelakon cilik itu dikatakan telah menarik diri pada saat daripada membintangi telefilem tersebut.
Tarik diri saat akhir
Menurut penerbit, A.Aida memberitahu dia amat terkejut apabila diberitahu oleh pihak produksinya mengenai berita tersebut memandangkan mereka akan memulakan penggamabaran telefilem itu esok. Tambahnya lagi, apa yang lebih mengejutkan apabila ibu kepada pelakon cilik itu sendiri yang memaklumkan tentang penarikan diri anaknya dalam membintangi telefilem itu kepada Pengurus Produksi.
Ikut jadual esok mereka akan menjalani penggambaran telefilem ini. Tak sangka pula dia tarik diri saat akhir.
Saya pun tidak tahu masalah sebenar mereka. Namun, inilah cabaran yang diterima syarikat produksi apabila ada pelakon tarik diri di saat-saat akhir dan kita terpaksa mencari pengganti pula.
‘Pasti ada sesuatu yang tidak kena’
Menceritakan kisah itu, A.Aida memberitahu Pengarah Produksinya telah menghubungi ibu pelakon cilik itu untuk menanyakan sebab mengapa Puteri Balqis menarik diri penglibatannya dalam telefilem itu tetapi malangnya wanita itu dikatakan mendiamkan diri dan tidak membalas mesej tersebut.
Walaupun mereka bertindak begitu, A.Aida berkata dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap keluarga itu. Baginya ini merupakan cabaran yang sering terjadi kepada syarikat produksi.
Saya okay dan tak jadi isu besar pun. Apa yang pasti, saya sudah cuba bantu mana yang terbaik. Apabila dia sendiri tarik diri pada saat akhir, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Saya tidak mahu masuk campur.
Sumber: Harian Metro