Rasanya banyak juga beberapa tempat dan aktiviti untuk seisi keluarga, kali ini kami temui satu lagi spot baik untuk anda semua. Di Penang, ada sebuah taman tema yang menyediakan pelbagai aktiviti lasak untuk seisi keluarga.
Namanya Escape Extreme Park, ia merupakan sebuah taman tema yang dibina dalam persekitaran semula jadi. Berbeza dengan tempat lain, Escape menyediakan pelbagai aktiviti dan permainan lasak seolah-olah korang sedang berada dalam program Survivor. Korang mesti pernah tengok kan?
Sesuai untuk semua peringkat umur kerana tarikan taman tema ini direka mengikut kebolehan dan tahap tenaga seseorang. Jom kita tengok apa permainan dan aktiviti yang menarik disini.
1. Monkey Business
2. Gecko Tower
3. Aerobat
4. Coco Climb
5. Tubby Racer
6. Jumping Jack
7. Atan’s Leap
8. Kite Flyer
9. Monkey School
10. Jungle Swinger
11. Balance Beam
12. Flying Lemur
Best kan? Kalau dapat macam ni mesti seronok, anak-anak nanti tak adalah asyik duduk main smart phone je sampai rabun, kalau pergi sini sekurang-kurangnya dapat juga sihatkan lagi tubuh badan kita.
Lokasinya terletak di Teluk Bahang, Penang. Kalau berminat, ini alamatnya :
828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang, Malaysia
No. telefon: +60 4 8811 106
Fax: +60 4 8813 106
Ada banyak lagi permainan yang menarik disini sebenarnya, disini kami sediakan video penuh untuk korang lihat sendiri. Enjoy!