
Pelakon, Ummi Nazeera mengakui berasa terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh seorang individu tidak dikenali terhadap dirinya ketika berada di sebuah pusat membeli-belah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Macam Ini, Lama Sangat Ke Akak Rehat Dari Berlakon’
Artikel Berkaitan: Ummi Nazeera Tidak Halang Anak Ceburi Bidang Seni, Letak Syarat Untuk Fokus Belajar Dahulu – ‘Bergantung Pada Komitmen’
Terharu

Pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin berkongsi detik menyentuh hati apabila seorang wanita menutup belakang badannya selepas menyedari terdapat kesan darah yang tidak disedari.
Ummi mengakui tindakan itu benar-benar membuatkannya tersentuh. Meskipun wanita itu tidak dikenali dia tetap menunjukkan sikap bertimbang rasa.
Seorang wanita bergegas datang kepada saya dan dengan senyap menutupi saya dari belakang.
‘Awak datang haid ke?’ dia bertanya dengan begitu lembut dan penuh prihatin.
Hati saya benar-benar tersentuh.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya turut memuji tindakan wanita itu.
Komen netizen


Sumber: Threads








