berita

‘Tengoklah Drama Ini, Penat Kami Bekerja’ – Ummi Nazeera Harap Netizen Tak Boikot Drama Dengan Aliff Aziz

March 17th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon hebat, Ummi Nazeera berharap agar wargamaya tidak memboikot drama terbaru lakonannya bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Siasat Betul-Betul & Teliti Adakah Wajar Untuk ‘Blacklist’, Boikot’ – Shahrulezad

‘Penat kami bekerja’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Menerusi Instagram (IG), Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin memuat naik video ‘promo’ drama terbaharu mereka yang berjudul ‘Dia Dari Syurga’.

Menurut Ummi, dirinya dan seluruh pihak yang terlibat telah menjayakan drama tersebut dengan bersungguh dan bertungkus lumus.

Justeru itu, pelakon berusia 33 tahun berharap agar orang ramai memberikan sokongan dengan menonton drama tersebut walaupun kontroversi melibatkan Aliff sedang hangat diperkatakan.

Apa apa pun, tengok lah drama ini ya. Penat kitaorang bekerja.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya menyatakan sokongan mereka untuk menonton lakonan hebat Ummi dalam drama tersebut.

Komen netizen

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

SKIP THIS AD ×