berita

Tak Semestinya Saya Kena Jadi ‘Ustazah Segera’- Neelofa Nafi Bakal Berundur Daripada Dunia Hiburan

July 21st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-20 at 12.42.44 PM

Seperti yang sedia maklum, ramai selebriti wanita tanah air sudah memakai hijab bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Langkah positif itu turut dilakukan oleh pengacara sebuah rancangan hiburan, Neelofa. Bagaimanapun, penghijrahan dirinya itu membuatkan ramai peminat tertanya-tanya adakah Neelofa akan berundur daripada dunia hiburan tanah air.

Malah, ada juga yang memperlekehkan penghijrahan Neelofa dan mengandaikan bahawa dia bakal menjadi ‘ustazah segera’ seperti selebriti yang lain.

Screen Shot 2014-07-20 at 12.44.17 PM

Neelofa kini dilihat sering ke Masjid Besi untuk mendalami ilmu agama

“Apabila niat berhijab ini terlaksana saya paling risau kedudukan saya sebagai pengacara program MeleTop memandangkan kandungan rancangan tersebut lebih terarah kepada bidang hiburan. Tapi Alhamdulillah, nampaknya tak ada masalah yang besar dan mereka tetap akan menerima saya.

Apabila berhijab tak semestinya saya kena jadi ustazah segera sedangkan masih banyak lagi hal-hal agama yang saya perlu pelajari dan dalami. Saya tak mahu menjadikan perubahan ini sebagai sesuatu yang drastik tapi cukuplah kalau saya belajar perlahan-lahan dan pada masa yang sama membawa manfaat kepada diri saya dan orang lain juga.”

Bagaimanapun, Neelofa berharap agar dua buah filem lakonannya, Pilot Cafe dan Dollah Superstar yang bakal ditayangkan tak lama lagi tetap mendapat sambutan meskipun memperlihatkan imejnya yang tidak bertudung sebelum ini.

“Yang lepas tetap lepas dan perkara tersebut tak menjadi masalah besar pun kepada saya. Apabila saya berubah yang sudah terjadi tetap tak boleh diubah. Tak adil bagi saya untuk mengabaikan filem yang bakal keluar semata-mata kerana isu bertudung.”

Sumber: Pancaindera

Kredit foto: Instagram Neelofa

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×