Makin berlanjutan isu dana sumbangan hampir RM100,000 yang melibatkan Along Cham dengan isteri, Afreena Suhaimi apabila adik perempuan pelawak itu, Aurel Yana tampil ‘membongkar’ di ruangan komen Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Dakwa Bagi RM33k, Percaya Isteri Along Cham Tidak Seleweng RM95,180 – ‘Memang Ada Bukti Terdapat Aliran Wang ..’
Artikel Berkaitan: Isteri Along Cham Buat Laporan Polis, Kongsi Perbualan Dakwa ‘Ika’ Kaki Scam – ‘RM100,000 Seleweng?’
Nak saya bagi bukti?
Dakwa Aurel, kakak iparnya dan Ika yang difahamkan merupakan wanita ‘scam’ duit berjumlah RM95,180 bersubahat bersama dua orang lagi individu.
Dakwa Aurel, dia dan keluarga mempunyai bukti kukuh justeru dia berharap pempengaruh, Siti Jamumall mengundurkan diri daripada terus terlibat dalam kemelut ini.
Sis nak ke saya bagi bukti apa komplot dia dengan Ika dan dua orang lagi kawan-kawan Feena (Afreena)?
Nak ke saya bagi bukti macam mana mereka ganggu saya, ibu dan adik saya? Bukti macam mana dia sanggup terpacak depan pejabat peguam untuk sebarkan fitnah dan cerita palsu ke atas suami dia dan ahli keluarga kami?
Tolong jangan malukan diri sendiri dengan merisikokan diri atas pembelaan yang langsung tidak berasas takut kena angkut masuk dalam kandang sebagai saksi.
Berhabis berpuluh ribu
Tambah Aurel lagi, dia dan keluarga sudah berhabis berpuluh ribu ringgit sepanjang abangnya meringkuk dalam penjara.
Dakwanya lagi, kakak iparnya mengetahui punca abangnya itu ditahan pihak berkuasa secara tiba-tiba.
Kami berhabis berpuluh ribu sepanjang siasatan kes ini dan dia sendiri tahu macam mana dan kenapa abang saya ditangkap tiba-tiba selepas abang saya sedar taklik yang dilanggarnya sebanyak tiga kali sepanjang perkahwinan mereka.
Tak sempat 24 jam bagi tahu nak sahkan taklik kena angkut, sekarang barang satu rumah dia licinkan (ambil) selepas abang saya pulang semalam (Selasa). Sila jelaskan ada ke orang yang di pihak benar lari kelam kabut macam ini?
Untuk pengetahuan, Ika dan dua lagi rakan subahat Feena turut hadir di mahkamah semalam (Selasa), tiba-tiba hari ini nama Ika dipetik. ‘Game over Feena, enough is enough.
Insya-Allah tindakan kami semua tiada yang buta-buta atau tuduhan tidak berasas, segalanya dengan bukti. Jumpa di hari pembelaan kes.
Sebelum ini, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskannya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak.
Selain itu, Along juga mendakwa aktor Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya apabila sudah memberi RM5,000 didakwa untuk kegunaan ikat jamin.