berita

‘Tak Sempat Bagi Susu…’ – Pintu Rahim Dijangkiti Kuman, Anak Meninggal Selepas 3 Hari Bersalin

March 30th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Ibu mana tidak sedih jika anak yang dikandung 9 bulan, akhirnya pergi meninggal dunia. Pada awalnya, wanita ini tidak menyedari masalah yang dihadapi kerana tiada komplikasi saat bersalin. Selepas diperiksa rupa-rupanya anaknya meninggal akibat jangkitan kuman pada pintu rahimnya. Sebaknya..

Masa mengandung tiada masalah

Zuriat lelaki ditunggu-tunggu

Siapa sangka zuriat lelaki yang ditunggu-tunggu selepas mempunyai dua zuriat perempuan menjadi tangisan hiba selepas bersalin.
Mase mengandung tiada apa-apa masalah kesihatan yang saya alami dapat tau asbab nya setelah bersalin..

7 march 19
Mase contraction CTG baby semua ok. Ditolak masuk labour room 6 setengah petang sebab bukaan dah masuk 4 cm pecah ketuban 6.55 ptg 7.20 petang lahirlah putera yang ditunggu perasaan gembira menghilangkan segala rasa sakit penat lelah semasa berjuang.

Lepas bersalin baby terus dimasukkan nicu sbb masalah nadi laju (mase ni saya tak tahu baby ade masalah kuman di paru-paru) ingatkan masalah biase. Sebagai seorang ibu sentiasa positif sebab rasa tak pernah ade masalah sebelum ni.

Anak terkena jangkitan kuman

Suami ulang alik tengok baby kat wad paediatrik..katanya baby ok..saya dimasukkan ke wad biase…sentiasa positif..menunggu nurse menghantar anak saya ke wad…perasaaan teruja tak sabar untuk menyusu baby..syaya pula lepas bersalin tak dapat berjalan sendiri..kena bergantung kudrat orang lain untuk bangun serta ke tandas…ini disebabkan saya cramp yang teruk lepas bersalin..

8 march 19

Petang tu doktor mula call suami katanyaa keadaan anak semakin merosot. Masa ni baru tau anak terkena jangkitan kuman kat paru-paru…saya pun demam selepas bersalin…semua alatan yang diguna untuk anak saya adalah yang paling kuat…segala jenis antibiotik pun telah diberi…

Anak terkulai lemah

Malam tu demam saya makin kuat. Rindukan anak and risaukan anak, spatutnya saya kena pam susu untuk bagi anak saya susu tapi terlelap disebabkan banyak sangat dos ubat yang diberi. Mungkin terlalu penat tiap mse menangis, doa tak pernah putus moga ada keajaiban buat anak saya..

9 march 2.30 pagi
Doktor call, anak saya kritikal…dah buat CPR tetapi makin lemah…hanya bergantung pada mesin….suami bawa saya ke wad…masa tu perasaan bercampur baur, sampai kat tempat anak saya, hanya Tuhan saje yang tahu bila tengok anak dah terkulai….saya hanya mampu meraung sekuat hati. Rasa macam dalam mimpi….bila nurse bagi riba buat kali terakhir hanya mampu istifar….Allahurobbi……sangat berat ujian yang harus aku terima mase tu. Sangat sedih sebab tak sempat nak bagi susu.

Pintu rahim ada kuman

Doktor beritahu anak saya terkena jangkitan kuman GBS, kuman tu hanya ade masa bersalin dan berada pada pintu rahim…baby keluar terus terkena jangkitan. Kata doktor tak semua wanita kena masalah begini, sebab sesetengah ade simptom sebelum bersalin. Saya pula boleh detect selepas bersalin. Tapi itu hanya asbab saja, saya pun redha anak syurga syurga pergi.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Moga ade hikmah disebalik semua ini. Harini hari ke 20 berpantang tanpa anak syurga saya…doakan saya kuat. Alfatihah untuk anak syurga mama…

Muhammad Seif Malik Bin Mohd Faizal Ikram..

Sumber :Kyrra Ismail

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×