Pelakon Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar baru sahaja bergelar ibu bapa selepas dikurniakan anak lelaki pada pagi Selasa.
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Selamat Bersalin Anak Lelaki
Terima kasih untuk doa
Berkongsi perkembangan terkini, Mira, 29, memberitahu dia dan suami berada dalam keadaan kepenatan dan masih sedang membiasakan diri dengan kedatangan ahli baru.
Menerusi Instagram Stories, pemilik nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman memohon maaf kerana masih tidak berkesempatan untuk membalas kiriman mesej.
Dua-dua penat. Akan sentiasa berkongsi perkembangan dari semasa ke semasa insya-Allah bila semuanya dah perlahan-lahan kembali seperti biasa.
Mira tak dapat lagi nak balas mesej di WhatsApp dan DM satu persatu. Maaf tau. Terima kasih untuk semua doa.
Dalam hantaran yang sama, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini memuat naik foto suaminya yang sedang tidur di atas sofa.
Akaun peminat ucap tahniah
Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 juga berkongsi gambar ibunya, Faizatul Akmar Datuk Hisan mendukung bayi namun wajah diletakkan emoji.
Semalam, Wan Emir memaklumkan isterinya selamat melahirkan anak mereka pada pukul 3.40 pagi. Kata Wan Emir, tarikh kelahiran anak lelaki mereka sama dengan Mira mengikut kalendar Islam.
Sekadar info, Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram @mfmirafilzah