berita

‘Tak Sempat Nak Buang…’ – Peniaga Maut Pemadam Api Kenderaan Meletup Ketika Baiki Radio

November 23rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Malang nasib seorang lelaki apabila alat pemadam api kenderaan yang berada di hadapan rumahnya meletup dan menyebabkan dia meninggal dunia. Kejadian tersebut terjadi semalam, di Sungai Petani, Kedah.

Terkena beberapa bahagian

Memetik laporan Sinar Harianmangsa yang dikenali sebagai Mohamad Yusri Omar, 43, merupakan seorang peniaga warung makanan. Ketika kejadian, dia sedang membaiki radio milik kawannya dan ditemani saksi (kawannya) di tempat kejadian. Tiba-tiba alat pemadam api yang terletak di hadapan rumahnya meletup dan menyebabkan kaki, paha, dan lengan kiri mangsa terkena letupan tersebut.

Bagi menambah pendapatan sampingan mangsa telah bekerja separuh masa membaiki peralatan elektronik di hadapan rumahnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kejadian tersebut berlaku pada jam 1.15 tengah hari. Sebelum insiden tersebut berlaku, saksi (rakan mangsa) sedang duduk bersembang menemani mangsa yang ketika itu sedang membaik radio milknya. Pada asalnya, pemadam api tersebut adalah untuk kegunaan di dalam kenderaan, tetapi mangsa telah mengeluarkan benda tersebut dan diletakkan tiga kaki dari tempat mereka berbual.

Tiba-tiba berasap

Secara tiba-tiba pemadam api tersebut telah mengeluarkan asap putih menyebabkan mangsa terus mengambil untuk membuangnya tetapi (pemadam api) terus meletup.

Menurut saksi, isteri mangsa yang ketika itu berada di dalam rumah terus bergegas keluar sebaik sahaja mendengar letupan tersebut. Mangsa ketika itu terbaring berlumuran darah, dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim. Ketika kejadian, mangsa masih sedarkan diri, namun selepas 20 minit mangsa disahkan meninggal dunia.

Forensik polis yang menjalankan siasatan awal pada pemadam api berkenaan mendapati ada kesan potong pada alat berkenaan dan siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dilakukan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×