berita

‘Tak Sempat Nak Jual Satu Cup Pun Lagi…’

March 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Bergelar seorang peniaga sudah pastinya akan berdepan dengan pelbagai risiko yang mendatang. Ada kalanya barangan yang dijual habis dibeli, dan ada kalanya peniaga terpaksa menanggung kos kerugian kerana barangan yang dijual tidak laku. Namun, semua ini bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…

Artikel Berkaitan: Punya Takut Suami Marah Bayar Caj COD, Wanita Gigih Kira Kos Peniaga Sampai Guna Excel!

Lagi sedih apabila melihat video yang dikongsi oleh seorang peniaga dikenali sebagai Bangmer di laman TikTok yang memaparkan ketabahannya diuji apabila balang air jualannya telah tumpah.

Tak sempat jual apa-apa lagi

Foto: Tangkap layar video

Jelas peniaga ini, kejadian seumpama ini berlaku akibat mejanya yang patah dan sekali gus, telah menyebabkan air yang telah dibancuh sebanyak empat balang tumpah di atas lantai. Bukan itu sahaja, balang air yang digunakan olehnya turut pecah dan terpaksa digantikan dengan balang yang baharu.

Weyh sedih weyh hari ini, tengok tu baru siap-siap nak berniaga tiba-tiba rebah meja, habis empat empat balang rebah. Tak sempat nak jual satu cup pun lagi. Tapi takpalah, bukan rezeki kita cumanya aku sedihlah teringat mak aku yang siapkan air ini beberapa hari.

Lagi menyedihkan, apabila air tersebut tidak sempat lagi dijual kepada pelanggan walaupun satu cawan. Namun, lelaki ini reda dengan apa yang telah berlaku dan menganggap ia sebagai ujian kepada seorang peniaga.

Nak penuhkan empat empat balang lepas tu tengok tumpah macam ini kan. Dahlah pecah-pecah balang ni nak kena beli barang baru. Takpalah aku terima sebagai ujian seorang peniaga memang berat ujian sebagai peniaga.

Walaupun, mengalami kerugian yang tinggi akibat kejadian itu, lelaki ini masih tabah meneruskan jualan dengan menjual makanan pula.

Video penuh

@bangmer__lagu sedih sangat plk. ??#fyp #fyp?? original sound – bangmer_

Semoga dimurahkan rezeki

 

Sumber: Bangmer

SKIP THIS AD ×