berita

Tak Sempat Pakai ‘Gown’ Pengantin, Gadis Dijumpai Dalam Keadaan Tragis. Dipercayai Dibunuh Tunang Sendiri

June 14th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Daily Star

Hasrat seorang gadis untuk berkahwin dengan tunangnya tidak kesampaian apabila dia dijumpai meninggal dunia dalam keadaan yang mengerikan.

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star mangsa yang dikenali sebagai Marina Pankratova berusia 26 tahun dipercayai telah dibunuh oleh tunangnya sendiri iaitu Alexander Voronin. 

Pukul dengan kejam

Foto: Daily Star

Suspek yang merupakan seorang ejen pelancongan Rusia, didakwa ‘menyerang’ mangsa dengan 83 pukulan sehingga menyebabkan wajah mangsa mengalami kecacatan berikutan kecederaan yang berlaku. Ketika kejadian, suspek dilihat meninggalkan apartmentnya sejurus mangsa telah dibunuh.

Menerusi siasatan awal, suspek dipercayai menggunakan kaki kerusi atau kepala kapak yang tumpul sebagai senjatanya untuk menyerang mangsa. Apa yang lebih menyedihkan, apabila tunangnya turut ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di atas katil berseorangan. Difahamkan kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka.

Cuba larikan diri

Foto: Daily Star

Selepas membunuh tunangnya dengan kejam, suspek cuba melarikan diri ke luar negara bagaimanapun, berikutan pandemik Covid-19 ianya telah menghalang dirinya untuk berbuat demikian. Susulan daripada itu, pihak polis telah berjaya menahan suspek setelah dia dipujuk oleh ayahnya untuk menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.

Hasil perbicaraan pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun kepada suspek. Bagaimanapun, rata-rata jiran mereka terkejut apabila berlakunya insiden seumpama ini kerana pasangan ini sama sekali tidak pernah bergaduh.

Sumber: Daily Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×