berita

Tak Sempat Rangkul Hadiah, Peserta Ratu Dangdut & Ratu Gedik Kota Bharu Ditahan Polis

September 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seramai 23 pengunjung pusat karaoke dangdut di Kota Bharu, Kelantan, berjaya ditahan oleh pihak berkuasa semasa serbuan dilakukan di premis tersebut semalam.

Menerusi laporan Malaysiakini, kesemua mereka dipercayai mengikuti satu pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh premis berkenaan.

Disertai wanita warga emas

Foto: Malaysiakini

Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Mohd Hariss Ghazali berkata 23 pengunjung yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan 12 wanita. Tambah beliau, pertandingan tersebut disertai wanita warga emas dan seorang bekas peserta program realiti televisyen dilantik menjadi juri pertandingan tersebut.

Ujar beliau lagi, penganjur telah menyediakan hadiah buat para pemenang bagi kategori Ratu Gedik, Ratu Dangdut dan Penyanyi Lelaki Terbaik. Namun, pertandingan tersebut berakhir apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik) melaksanakan Operasi Noda Khas kira-kira pukul 11.20 malam tadi.

Dijalankan tanpa lesen

Foto: Malaysiakini

Pihak berkuasa juga menahan seorang lelaki yang juga pemilik kedai merangkap penganjur pertandingan serta merampas peralatan karaoke. Semua individu berusia 35 hingga 65 tahun itu dikompaun di bawah Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa, premis tersebut dijalankan tanpa lesen. Di samping itu, kesemua peralatan karaoke telah dirampas ketika serbuan tersebut dilakukan. Kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk dikenakan tindakan lanjut. Empat daripada 12 wanita yang ditahan turut dikenakan tindakan oleh Jaheik kerana berpakaian tidak sopan.

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×