Platform media sosial menjadi kecoh selepas V dari kumpulan BTS mengikuti akaun Instagram (IG) ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie.
Artikel Berkaitan: Kalahkan Justin Bieber, Blackpink Jadi Artis Nombor 1 Paling Banyak Pengikut Di YouTube
Tak sengaja ‘follow’
Susulan insiden itu, Jennie secara tiba-tiba diserang peminat V. Difahamkan, V tidak sengaja mengikuti akaun IG Jennie pada 7 Disember lalu.
Sebaik sahaja menyedari hal tersebut, V dengan pantas berhenti mengikuti (unfollow) akaun ahli kumpulan Blackpink itu. Namun, sudah terlambat apabila netizen pantas menyebarkan paparan skrin yang memaparkan V mengikuti Jennie.
Menerusi Weverse, V menjelaskan dia tidak sengaja mengikuti akaun artis tersebut.
Pengikut toksik serbu ruang komen
Namun begitu, peminat yang tidak rasional tetap berpusu-pusu ke IG Jennie untuk meninggalkan komen negatif. Ramai pengikut toksik telah meninggalkan komen menyerang ahli kumpulan gadis itu.
Tindakan peminat V itu mendapat perhatian dan timbul rasa simpati netizen Korea yang menganggap Jennie tidak bersalah dalam hal tersebut.
Saya berasa sangat teruk, Jennie tidak melakukan apa-apa tetapi dia diserang oleh peminat BTS yang menuduh dia cuba menarik perhatian.
Saya tertanya-tanya jika Jennie berfikir untuk menutup komen pada akaunnya.
Ini bukan kali pertama peminat luar negara melakukan seperti ini tetapi saya tertanya-tanya mengapa mereka berbuat demikian?
Sumber: Allkpop