berita

Tak Sensitif Langsung Si Conor McGregor Ni..

September 28th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Bagi peminat Ultimate Fighthing Championship (UFC), anda pasti mengenali salah satu bintang dari sukan tersebut iaitu Conor McGregor. Fighter kelahiran Republik Ireland itu terkenal kerana mulutnya yang lancang dan suka membuat provokasi terhadap individu lawan. Dalam masa beberapa hari lagi, McGregor akan berentap dengan Khabib Nurmagomedov, pemain kelahiran Russia dan seorang Muslim.

Menjelang perlawanan UFC itu nanti, McGregor sekali lagi membuat provokasi di laman Twitter miliknya. Tetapi ramai merasakan apa yang diperkatakan oleh McGregor itu keterlaluan.

Provokasi melalui Twitter?

Conor McGregor telah memuat naik satu tweet di lama Twitter miliknya dengan berkata- ‘Chilling in jahannam. See you soon’. Tweet itu ditujukan untuk lawannya, Khabib. Walaubagaimana pun, pengguna medium media sosial tersebut merasakan McGregor sudah melebihi batas. Tambah-tambah lagi apabila Khabib seorang Muslim.

Ini antara komen orang ramai;

https://www.youtube.com/watch?v=ztTPU6LjABw

Sumber video: YouTube UFC and MMA

Sumber: Twitter Conor McGregor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×