Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki menyerang dan menikam teman wanitanya sebanyak 16 kali. Mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Terbaharu, wanita terbabit menjelaskan bahawa kejadian tersebut adalah pertengkaran biasa yang berlaku bersama teman lelakinya.
Artikel berkaitan: Lelaki ‘Psiko’ Tikam Teman Wanita 16 Kali Dalam Kereta, Siap Bawa Pergi Pejabat Tanpa Rasa Bersalah
Anggap hanya gaduh biasa
Wanita yang dikenali sebagai Eka atau Eka Wahyu Lestari dari Indonesia memberitahu dia sudah berdamai dengan teman lelakinya, Fika Andrean Banjarnahor. Malah, mereka sudah merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.
Sebenarnya dia tidak berniat untuk melakukan pembunuhan terancang atau membunuh saya. Cuma pergaduhan biasa-biasa sahaja.
Biasalah orang bercintakan ada bergaduh, berselisih pendapat sehingga kami bergaduh di dalam kereta, maka terjadinya pertengkaran yang menyakitkan hati antara satu sama lain.
Eka turut menolak dakwaan bahawa dia meminta wang daripada kekasihnya untuk menggugurkan kandungan.
Difahamkan, lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Detik.com