berita

Tak Settle Lagi Kes Tuduhan Curi Duit & Rokok, Aliff Aziz Didakwa Berkelakuan Tak Senonoh Pula

November 20th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama penyanyi Aliff Aziz, kembali menjadi bualan hangat apabila dia ditahan oleh polis di Singapura, baru-baru ini. Menerusi laporan Berita Mediacorp, Aliff ditahan oleh pihak polis kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan menunjukkan isyarat-isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.

Bergaduh dengan seorang lelaki

https://www.facebook.com/hoimedia/videos/1006330276374185/?t=9

 

Sebelum ini, viral sebuah video di mana Aliff kelihatan sedang bergelut dengan dua orang pegawai polis yang hendak menggari tangannya. Pada masa yang sama, dia sedang menghubungi ayahnya sambil menjerit-jerit memberitahu bahawa dirinya sedang dipukul. Aliff juga memohon bantuan daripada ayahnya, sebelum dua buah kereta polis tiba di lokasi tersebut.

Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), Aliff ditangkap selepas dia dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki di kawasan Orchard Road. Di samping itu, Aliff juga didapati sedang bergelut dengan dua orang pegawai polis yang bertugas ketika mereka cuba untuk menggari tangannya.

Berdepan tiga tuduhan

Terbaru, Aliff didakwa atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Negara Singapura semalam. Berdasarkan kertas pertuduhan mahkamah, jika sabit kesalahan, Aliff boleh didenda tidak melebihi S$2,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Setakat ini, Aliff berdepan dengan tiga tuduhan secara keseluruhannya termasuk dua tuduhan sebelum ini iaitu tuduhan mencuri. Aliff  dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura. 19 November merupakan tarikh untuk Aliff dihadapkan ke mahkamah. Namun, disebabkan wujudnya tuduhan ketiga, mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga 9 Disember ini.

Sumber: Berita Mediacorp

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×