berita

Tanpa Alasan Munasabah, Individu Tinggal Solat Farhu Akan Dipenjara

December 16th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardhu di Terengganu tanpa alasan munasabah boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, usaha murni itu bertujuan untuk mendidik bukan untuk menghukum masyarakat.

Boleh didakwa

Menerusi laporan Sinar Harian, beliau berkata, mereka yang didapati bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kesalahan tidak menunaikan sembahyang fardhu.

Bagi kesalahan itu, individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Bukan bertujuan menghukum tetapi mendidik

Tegasnya, tindakan yang dikenakan terhadap umat Islam di negeri ini adalah satu pelaksanaan yang relevan. Ianya bukan bertujuan menghukum tetapi sebagai pengajaran bagi mendidik umat Islam mematuhi perintah ALLAH.

Tindakan itu juga, secara tidak langsung menunjukkan kasih sayang pemimpin yang bertanggungjawab untuk mengelakkan umat Islam daripada terus melakukan dosa dan maksiat.

Bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula, peringatan menerusi pelbagai medium termasuk bertulis, secara lisan melalui ceramah selain turun padang mendekati masyarakat terutama golongan remaja hari ini bagi memberi kesedaran dan mengingatkan kepada mereka tentang pentingnya menjaga solat fardhu.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×