berita

‘Tak Suka Baju Melayu Terlalu Moden, Nak Kekal Elemen Kemelayuan’ – Aeril Zafrel

March 15th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Tahun ini, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel melancarkan koleksi baju melayu yang diberi nama Soultan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Marah Macam Mana Pun Saya Akan Cuba Istighfar’ – Aeril Zafrel

Tak suka lari dari elemen kemelayuan

Bercerita kepada OhBulan! mengenai baju melayu, Aeril menyatakan dia masih memilih baju melayu potongan asli. Kata Aeril, rekaan baju melayu yang terlalu moden dan ‘fancy’ hanya menarik perhatian segelintir pengguna.

Saya sendiri peminat baju Melayu. Saya tak bersetuju bila rekaan baju Melayu terlalu fancy dan lari daripada elemen kemelayuan. Susah nak jual, mungkin tak laku. Tetapi mungkin dibeli oleh golongan tertentu.

Bila nak buat baju Melayu ini, kita kena ambil kira dan kaji material, rekaan serta elemen tambahan melibatkan butang dan cutting.

Aeril berkata demikian ketika majlis pelancaran koleksi Aidilfitri Hijabistahub & Soultan Royale di JW Marriot Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen itu adalah barisan selebriti popular antaranya ialah Alif Aziz dan Bella Astilah, Mawar Rashid dan Raf Yaakob, Amyra Rosli dan Amar Baharin serta Iman Troye.

Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan pempengaruh media sosial yang tidak asing lagi iaitu, Ryan Bakery dan Boss James.

Tak ‘main’ ambil

Dalam pada itu, pemilik nama Suhairil Sunari memberitahu dia mengambil masa selama dua tahun sebelum menerima tawaran daripada Hijabistahub.

Jelasnya, dia sangat cerewet dan sangat menitikberatkan keseluruhan perspektif bagi memuaskan hati setiap pembeli yang menggayakan Soultan.

Saya ini cerewet. Sebab itu bila ditawarkan untuk kolaborasi ini, saya fikir dahulu. Perlu ambil kira pelbagai aspek. Jualan, kredibiliti dan produk itu sendiri. Kolaborasi melibatkan nama baik ini, saya tidak boleh ambil mudah.

Tetapi saya lihat, mereka adalah antara usahawan Melayu yang berjaya dan dipercayai. Jadi saya bersetuju.

Bukan tak mahu keluar jenama baju Melayu sendiri, tetapi saya mahu fokus dengan perniagaan sedia ada.

Semua koleksi HijabistaHub sudah boleh didapati di laman web rasmi dan butik di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru.

SKIP THIS AD ×