berita

Tak Tahan Bunyi Ketukan Pintu Setiap Malam, Lelaki Letak Kamera & Hasilnya… Nah ‘Dia’ Siap Mengintai!

December 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sememangnya kita harus menerima hakikat bahawa selain manusia, makhluk halus juga ‘hidup’ di atas muka bumi ini. Jadi tidak mustahil lah sekiranya ada segelintir daripada manusia yang diberi keistimewaan untuk melihat ‘mereka’.

Terbaru, seorang individu mendakwa dirinya sering diganggu makhluk halus ketika berada di rumahnya.

Bunyi ketukan di dapur

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, seorang lelaki memaklumkan bahawa dia sering mendengar bunyi bising dan ketukan yang kuat dari dapur rumahnya yang terletak di London itu. Boleh dikatakan seperti ada ‘seseorang’ yang mengetuk sehingga mengeluarkan bunyi sedemikian.

Dia yang tidak tahan dengan keadaan itu kemudian terfikir untuk meletakkan kamera dan merakam dengan harapan dapat ‘menangkap’ si pelaku. Namun selepas mendapat rakaman tersebut alangkah terkejutnya apa dia melihat ada satu entiti berwarna putih berada di sebalik pintu dapur.

Saya terdengar bunyi bising dari dari dapur dan merakam gambar sebelum menemui ini (entiti misteri)

Macam tengah mengintai

Melihat daripada gambar tersebut, entiti misteri itu berada dalam posisi menjengukkan kepala seolah-olah sedang mengintai. Selepas mengetahui kejadian sebenar, lelaki terbabit kemudian membuat keputusan dan nekad untuk berpindah dari rumah flatnya itu.

Difahamkan, gambar tersebut dimuataik oleh individu terbabit di Reddit dan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Pada awalnya, kebanyakan daripada mereka tidak perasan akan kewujudan entiti tersebut di dalam gambar yang dikongsikan itu. Tetapi selepas ‘zoom’ gambar tersebut dengan lebih dekat, mereka akhirnya nampak secara jelas entiti misteri di sebalik pintu dapur itu.

Seram!

Sumber: Mirror UK, Reddit

SKIP THIS AD ×