berita

Tak Tahan ‘Derita’ Covid-19, Lelaki Ditemui Tergantung Di Jejantas

June 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Selangor, mayat seorang lelaki ditemui tergantung di jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong di Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) hari ini.

Tak tahan sakit

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 7.47 pagi. Siasatan awal mendapati mangsa berusia 56 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas itu.

Maklumat awal daripada waris mendapati mangsa disyaki dijangkiti Covid-19 dan dia mengatakan tidak tahan dengan sakit dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas. Mayat diturunkan dengan bantuan bomba dan seterusnya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan seorang pegawai dan sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kerja-kerja menurunkan mayat kemudian dijalankan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×