berita

Tak Tahan Tinggal Bersama Isteri, Lelaki Serah Diri Di Balai Polis Minta Dipenjara – ‘Hidup Saya Seperti Di Neraka’

October 26th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Rom, Itali bertindak untuk serah diri ke balai polis dan minta untuk dipenjara gara-gara tidak tahan untuk hidup bersama isteri di rumah.

Tak tahan hidup dengan isteri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Wionews, lelaki berusia 30-an itu diarahkan untuk menjalani perintah tahanan di rumah selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam kes jenayah dadah beberapa bulan lalu. Walau bagaimanapun, lelaki terbabit mengakui tidak tahan hidup bersama isterinya di rumah malah dia sanggup menetap di dalam penjara.

Oleh hal demikian, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan membuat rayuan kepada pihak berkuasa untuk dipenjara. Bukan itu sahaja, dia turut mengakui kehidupannya di rumah ibarat di neraka.

Dengar sini, kehidupan harian saya seperti di neraka. Saya dah tak boleh bertahan lagi. Saya nak masuk penjara.

Menurut sumber, permintaan lelaki itu akhirnya diluluskan. Bukan itu sahaja, badan kehakiman memerintahkan pihak polis untuk memindahkan lelaki malang tersebut dan ianya sekaligus dapat membantu ‘menyelesaikan’ masalah hidup yang dihadapinya.

Sumber: Wionews

SKIP THIS AD ×