berita

Tak Tahu Dah Berapa Orang, Giliran Wanita Baju Merah Pula Jawab Isu Foto Mesra

May 16th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Belum sempat reda kontroversi Aliff Aziz, hari ini tersebar pula foto lain yang didakwa mirip pelakon itu bersama wanita yang dipercayai seorang model. Foto yang memaparkan aksi mesra antara mereka di sebuah pusat hiburan sekali lagi jadi kecaman netizen.

Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina menafikan dakwaan dibuat oleh sesetengah netizen yang menganggap dia perampas. Dia turut akui foto itu tersebar selepas telefon bimbitnya hilang.

Telefon hilang

Menurut Meri, telefon bimbitnya hilang di sebuah pusat hiburan sehari sebelum Ramadan lalu. Namun, dia tidak menjelaskan bila gambar itu diambil sama ada ketika itu Aliff sudah berkahwin dengan Bella Astillah atau masih bujang.

Terima kasih kerana tularkan gambar-gambar saya dengan Aliff Aziz. Namun, itu adalah gambar lama saya dengan dia, kenapa nak kena keluarkan sekarang.

Ya, telefon saya hilang di kelab malam sebelum puasa, baru-baru ini. Saya tak pasti mereka ambil gambar atau apa dan baru sekarang nak tularkan.

Tidak ada apa-apa hubungan

Tambah model itu lagi, dia tidak mempunyai hubungan istimewa bersama Aliff. Malah, dia kecewa apabila dituduh sengaja menyebarkan gambar itu bagi tujuan publisiti.

Saya dengan Aliff memang tak pernah ada apa-apa hubungan. Jadi, anda tak perlu nak komen macam-macam seolah anda itu ahli syurga. Selidik dulu sebelum nak kecam orang. Cermin diri anda dulu.

Semua orang tahu Aliff Aziz tu macam mana. Jangan salahkan perempuan saja. Bukannya berlagak alim dan kata perempuan seperti saya suka kebas suami orang. Kalau tak mahu suami kena rampas, kena wangi sikit. Baru suami tak lari.

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×