Hotel Amari Kuala Lumpur yang diuruskan oleh ONYX Hospitality Group buat pertama kalinya menawarkan bufet Ramadan kepada orang ramai bermula 23 Mac hingga 20 Aprill ini.
Bufet Ramadan di Amaya Food Gallery
Citarasa Amaya di Amaya Food Gallery menyajikan pelbagai jenis hidangan berbuka puasa yang menyelerakan seperti Kari Kepala Ikan, Ayam Panggang Percik, Kambing Panggang, Sate, Serawa Durian, Kek Lapis Sarawak dan banyak lagi.
Bufet yang cukup istimewa ini mendapat sentuhan hebat daripada cef eksekutif hotel iaitu Cef Fadzil Arshad. Cef Fadzil mempunyai lebih 35 tahun pengalaman bekerja di pelbagai hotel terkemuka malah telah mengembara ke seluruh dunia untuk mengembangkan lagi bakat masakannya. Sudah pasti, air tangan cef yang cukup berbakat ini akan membuatkan anda cukup berselera sewaktu berbuka puasa.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati hidangan lain yang terdapat di lapan gerai seperti aneka masakan panggang, bakar, bergoreng dan menu sup. Jika anda ke Citarasa Amaya, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan istimewa seperti sup tulang rawan yang dimakan bersama kepingan roti.
Tawaran bufet Ramadan di Amaya Food Gallery berharga RM168 bagi dewasa dan RM84 bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi +603 2330 5800 atau +603 2330 5855 atau emel ke [email protected].