Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa kecewa apabila tindakan bekas suaminya iaitu penyampai radio, Fizi Ali yang tidak memaklumkan perkara sebenar tentang perkahwinannya kepada anak mereka.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Tunaikan Janji, Bawa Ameena Mandi ‘Waterpark’ – ‘Awak Berdua Tak Bersalah, Maafkan Daddy’
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Tak Suka Tengok Mulut Anak Kena Tekup – ‘Fizi Masih Belum Beri Jawapan’
‘Kenapa mesti menipu?’
Menerusi hantaran di TikTok, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri memuat naik kenyataan yang diberikan kepada pihak media berhubung pernikahan bekas suaminya itu.
Kalau tak tahu cerita sebaiknya bertanya. Bukan buat spekulasi atau buat andaian macam-macam cerita. Sedak kita tengah makan tau.
Ini kenyataan penuh yang saya bagi pada semua wartawan. Lebih baik dengar penjelasan penuh bukan sekerat-sekerat yang buat anda semua tambah dosa. Siapa nak berdiam diri, silakan.
Menjengah ke rungan komen, Shakilla dilihat menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh warganet dan menegaskan bahawa tindakan Fizi tersebut adalah tidak wajar kerana didakwa menipu anak mereka iaitu Ameena Sofia.
Dia nak rahsiakan tu biar la hak dia, ada sebab la tu dia nak rahsiakan. Semoga Fizi bahagia.
Ya hak dia, dan saya pun tak pernah kisah dah hal dia. Tapi kenapa mesti menipu? Bagi saya tak mengapa tapi bukan kepada anaknya.
Tapi kenapa belah-belah Fizi pun tak nak bagi tahu Shakilla ya? Bukannya Killa akan cemburu pun. Pelik bagi je la tahu hal sebetulnya.
Tak terkejut. Ameena sakit pun tak ada siapa tanya khabar.
Terdahulu, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini akui terkejut apabila mengetahui bekas suaminya itu telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Siti Zulaikha pada Isnin.
Sebelum itu, Fizi mengambil anak mereka dengan alasan untuk membawa kanak-kanak itu ke taman tema air.
Bagaimanapun, Shakilla sama sekali tidak menyangka apabila aktiviti taman tema air bertukar menjadi majlis akad nikah.
Sumber: TikTok Shakilla Khoriri