berita

‘Tak Terkejut Ramai Orang Doakan Allahyarham, Mereka Ini Suami Isteri Orang Baik’ – Rahim

August 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan pelawak terkenal, Rahim Mat Ali memberitahu dia terus memikirkan keadaan kawan baiknya, Shuib selepas mendapat berita pemergian Siti Sarah ke rahmahtullah.

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan Di Gombak

Artikel Berkaitan: ‘Anak-Anak Saya Belum Tahu, Doa Allah Permudahkan’ – Shuib

Wajah Shuib kosong

Rahim, 51, akui berasa sedih dengan nasib yang menimpa Shuib kerana pasangan ini sentiasa berdua ke mana saja.

Tadi masa saya sampai ke tanah perkuburan saya cari Shuib sebab muka dia kosong, sunggul. Sedih bila dia bercakap saja berlinang air mata, jadi saya sebagai kawan rapat turut rasa kesedihan itu.

Sarah tulang belakang Shuib

Foto: Tangkap layar Instagram @sitisarahraissuddin

Menurut pemilik nama Rahim Mat Ali, dia sangat mengagumi peribadi Siti Sarah yang penuh dengan budi bahasa selain sentiasa menjadi tulang belakang Shuib sama ada waktu senang atau susah.

Bila saya berkawan dengan suami dia, isterinya adalah kawan baik saya dan sepanjang perkenalan kami memang seorang yang mudah didekati, penuh dengan adab, berbudi bahasa. Allahyarham sentiasa berada di belakang Shuib memberi sokongan moral kepadanya.

Tidak terkejut ramai orang mendoakan dia (Allahyarham Siti Sarah). Sebab mereka ini suami isteri orang baik, masa saya turut sama menyempurnakan jenazah tadi, Alhamdulilah cuaca pun memudahkan.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Raya Rabak 3 berharap agar Shuib terus kuat demi anak-anak yang masih kecil dan pekerja yang di bawah tanggungjawabnya.

Saya juga mendoakan agar Shuib terus kuat, masih lagi ramai perlukan dia, anak-anak dia, staf dia, dia kena kuat. Saya doakan agar segala urusan dia dipermudahkan. Saya yakin, segala dugaan ini adalah harga yang perlu dibayar untuk hikmah yang akan datang.

Selain Shuib dan adik bongsu Siti Sarah, Ahmad Yazeed Raissuddin, Rahim juga dibenarkan untuk menguruskan jenazah buat kali terakhir dengan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi ini.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.

Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun semalam Shuib memberitahu keadaan Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

SKIP THIS AD ×