Sudah menjadi fitrah seekor binatang perlu makan untuk terus hidup. Di Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association kongsi foto seekor tupai diikat dengan kejam gara-gara mencuri buah di kebun durian. Kes ini dipercayai sememangnya berlaku di dalam Malaysia, bukan di luar negara. Tergamak sungguh!
Perbuatan tidak wajar!
Ini bukanlah cara mengajar tupai. Fitrah haiwan liar mencari makan dengan pencerobohan. Menangani kacau ganggu perkebunan mestilah dengan perikemanusiaan. Jika tindakan menggantung tupai dijadikan alasan untuk menakutkan tupai lain supaya tidak mencuri buah durian di dusun. Tindakan berlebihan ini tergolong dalam kategori menzalimi dan menyakiti tupai.
Pemilik dusun yang melampau batas wajar diheret ke mahkamah dan diadili dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Dari situ barulah diketahui bahawa tindakan melampau dan menyakiti tupai adalah wajar atau tidak wajar. Perbuatan ini adalah di Malaysia!
Difahamkan, tupai ini dihukum kerana ingin beri pengajaran untuk tupai-tupai yang lain. Namun semua sedia maklum, tupai tidak diberi akal seperti manusia untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Perkara ini turut membuatkan orang ramai berang terhadap pemilik kebun ini.
Begitu bongkak menghukum haiwan
Lumrah tupai makan buah-buahan
Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association