Selepas sebulan menyepi, pelakon, Janna Nick akhirnya membuka mulut mengenai kisah percintannya dengan Dini Schatzmann yang didakwa sudah putus baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Putus Cinta Dengan Janna Nick? Dini Schatzmann Hanya Senyum Manis
Artikel Berkaitan: Janna Nick Tayang Pakai ‘Skirt’ Pendek Pula
Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Rambut Ungu, Janna Nick ‘Rawat Luka’ di Itali – ‘Jika Ia Memusnahkan Kamu, Itu Bukan Cinta’
Janna ‘no komen’ isu putus cinta
Menerusi temubual bersama pihak Melodi, Janna memberitahu dia tidak membaca komen dan kiriman mesej daripada sesiapa pun selama tempoh mencari ketenangan diri. Disoal mengenai lagu ‘Mentari Setia’, Janna berkata lagu tersebut 98 peratus ditulis olehnya.
Itulah luahan hati saya. Muzik video itu cerita sebenar. Kalau saya penyanyi itu mungkin gimik. Saya menangis ketika tulis lagu itu. Itu luahan hati saya. Kalau orang kata gimik, kiranya mereka tak validate perasaan saya. Saya berhak rasa kecewa dan sedih.
Di samping itu, Janna turut mengakui bahawa dia masih berkawan dengan Dini sebagai rakan dalam sebuah syarikat.
Kalau orang nampak saya dengan Dini. Itu bukan satu benda yang pelik. Takkan kami tak boleh nak berkawan. Isu unfollow Dini bukan sekarang tapi dah lama. Mengenai hubungan sama ada sampai di sini sahaja ataupun tidak, saya tak nafi dan tak kata ya. Daripada awal saya tak pernah cakap apa-apa. Saya minta maaf kalau ada peminat cakap saya penipu.
Saya tak marah peminat yang kata semua ini hanya permainan. Buat apa saya nak marah. Jiwa saya dah terlalu rosak. Kenapa saya perlu tambah kebencian dan dendam dekat orang. Kalau orang buat jahat dekat saya, saya akan kata kenapa saya tak cukup baik dengan orang. Saya kecewa dengan diri sendiri sebab saya bukan orang yang sempurna dan bukan senang diuruskan. Kalau orang tinggalkan saya, saya patut melepaskannya.
Sumber: Melodi