Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta memberitahu pergolakan rumah tangga yang berpunca daripada orang ketiga atau penyondol kedua-dua belah pihak perlu disalahkan.
Artikel berkaitan: Rozita Che Wan Berang Netizen ‘Face Shaming’ Fathia Latiff – ‘Yang Mengata Tu Tak Tengok Cermin, Muka Kau Pun Macam Siku’
Artikel berkaitan: Masih Diganggu Lelaki Gatal, Rozita Che Wan Pesan Kaum Wanita Kena Ada Sifat Malu – ‘Tengok Benda Haram Memang Elok’
‘Salahkan dua-dua’
Menerusi hantaran di TikTok, perkara seperti itu tidak akan berlaku sekiranya si suami tidak membuka ruang dan peluang untuk disondol.
Penyondol dengan suami siapa yang patut disalahkan? Hello! Salahkan dua-dua.
Tepuk sebelah tangan tak berbunyi. It takes two tango (masalah yang melibatkan dua belah pihak).
Kalau saya, aku sesah (belasah) sahaja kedua-duanya. Jangan bagi peluang pada lelaki itu. Kalau dia tak mula, takkanlah semuanya terjadi.
Kalau saya, dua-dua saya santau, sesuai dan puas hati.
Dalam pada itu, dia turut mengingatkan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin untuk tidak berlaku curang terhadapnya.
Takkanlah Zain berani, dia nak keluar rumah pun menggigil takut. Isteri pula kadang-kadang macam harimau, ada hari macam singa.
Sumber: TikTok