berita

Taktik Licik ‘Keluarga’ Pukau Di Shopping Mall, Awas Ramai Dah Jadi Mangsa!

August 4th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kes pukau sekarang ini semakin menjadi-jadi. Jika tidak peka dengan keadaan sekeliling pasti akan jadi mangsa pukau. Kes pukau bukan sahaja berlaku di kawasan tersorok dan tiada orang malah di kawasan terbuka pn boleh kena pukau!

Terbaru viral di Facebook kes pukau disebabkan penipuan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Paling tidak disangka kes tersebut berlaku di pusat membeli belah dan kawasan terbuka.

Reka cerita untuk pukau

Seorang pemilik Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar satu keluarga yang aktif dalam kes pukau. Taktik yang digunakan ialah mereka akan menagih simpati dengan reka cerita tak cukup duit atau wallet hilang.

Ramai yang sudah menjadi mangsa mereka ini berdasarkan komen-komen di perkongsian tersebut. Antara tempat yang menjadi sasaran mereka ialah di sekitar pusat membeli belah seperti One Utama dan Paradigm Mall.

Komen mangsa

Antara komen-komen orang ramai yang pernah menjadi mangsa pukau. Kebanyakan menjadi mangsa kerana kesian dengan keadaan keluarga yang mempunyai anak kurang upaya. Kejadian berlaku di tempat yang berbeza.

Sumber: Asmaa Norasmaa MJ

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×